ALHAMDULILLAH.
Beberapa hari yang lalu, ada sahabat yang berkongsi mengenai kata-kata Tok Guru dalam meeting yang kami jalankan. Kata beliau, TGNA kata, kita Islam, kita buat cara Islam.
Kalau contoh meeting kita bertembung dekat dengan waktu solat, apa kata kita ambil wudhu' solat berjemaah dulu ramai-ramai baru start meeting ? Barulah syura kita dalam meeting tersebut diberkati. Walaupun berkat itu benda yang kita tidak nampak, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengerahkan tenaga kita mengikut syariat.
Dan terkadang, kalau kita selalu rasa sempit, dan tak cukup waktu, dalam kesibukan yang tak terhingga, sehingga seringkali ia menjadi alasan untuk kita jauh dari Allah, ketahuilah mungkin saat itu masa kita sehari-hari ini tidak diberkati. Solat kita, ibadah kita, ALQuran kita dan sebagainya.
Kerana sesungguhnya pemilik masa itu adalah Allah. Dan segala-gala hal yang berlaku di atas dunia ini adalah izin Allah. Mintalah dengan dia, Sang Pemilik dan Maha Berkuasa.
ومكروا ومكرالله .والله خير المكرين.
AlFatihah.
Yasiin.
Untuk TGNA
Yasiin.
Untuk TGNA
No comments:
Post a Comment