Kebaikan Menjadi Ahli Mary Kay



 2)   Dapat pakai produk International dengan harga yang Murah & Berbaloi


3)  Menjana Extra INCOME

4) Membina Kerjaya dalam Mary Kay

6)   Melancong ke luar Negara dengan layana Kelas Pertama

9) Masa yang FLEXIBLE dengan Family

 APA BENEFIT YANG ANDA BOLEH DAPAT??

Time Wise 3D Mary Kay

KULIT WAJAH NAMPAK TUA BERBANDING USIA

Kalau orang tegur nampak matured tu lain, tapi nampak ke wajah tu berusia padahal umur masih muda. 

Tahu tak ?

Selalu orang kata, dah berumur memang la nampak berkedut sana-sini, sebenarnya tak, proses kejadian semulajadi kulit matang atau menjadi tua ni hanya 20% (semula jadi)

80% lagi tanda penuaan adalah berpunca daripada faktor luaran contohnya pencemaran, sinaran cahaya matahari, persekitaran dan lifestyle kita. 

So, bermula umur 20-an proses kitaran semulajadi kulit kita dan jadi semakin lambat. Apabila sel kulit baharu lambat terbentuk, kelembapan kulit makin mengurang, sel kulit mati tidak dibuang, menjadikan kulit wajah kita semakin hari semakin menua. 

Penjagaan asas kulit wajah perlu dimulakan, tak kira lah pada umur berapa anda mendapat kesedaran tu, dengan pemilihan produk yang betul dan yang paling penting kita mendapatkan guide daripada orang yang betul, yang belajar berkenaan kulit. 

TIME WISE MIRACLE 3D MARY KAY | memang terkenal dengan produk anti penuaan (anti aging). umur 30 tahun ke atas yang kulit wajah mereka nampak berusia daripada umur sangat disarankan menggunakan produk nie.

Kenapa k.eman suggest produk anti-aging by Time Wise 3D ni ?

Kajian bagi menghasilkan formula Age Minimize 3D Complex ni dijalankan selama 4 tahun, sebanyak 150 formula di uji dan dikaji, ianya telah diuji keatas seramai 5,000 wanita. Akhirnya Timewise 3D yang dikeluarkan ini adalah formula yang terbaik. Dan mendapat pensijilan GOOD HOUSEKEEPING dalam pengeluarannya. 

Timewise 3D ini memfokuskan tiga fungsi utama – Defends, delays and delivers!

1) DEFENDS : Mempertahankan kulit dari free radicals (radikal bebas)

2) DELAYS : Melambatkan tanda-tanda penuaan 

3) DELIVERS : Menyampaikan result dalam masa 4 minggu sahaja

Timewise 3D mengandungi 3 bahan utama atau pun powerhouse ingredients yang menjadikan ianya sangat hebat. Mari kita lihat apakah ketiga-tiga bahan yang akan membantu kulit anda melawan penuaan.


1. Encapsulated Resveratrol - akan memberikan manfaat antioksidan (kebaikan) 3x ganda, membantu menggalakkan warna kulit yang tidak sekata dan membantu kolegen semulajadi kulit 

2. Vitaman B3 terkenal dengan kuasa pencerahannya dan berfungsi sebagai antioksidan (niacinamide, Retinol)

3. Peptida anti penuaan membantu kolegen dan elastin semulajadi kulit untuk penampilan yang lebih muda dan anjal.

Menariknya ketiga-tiga super ingredient Time Wise Miracle Set 3D ni, terdapat dalam setiap jenis produknya.

Time wise 3D ini didatangkan dalam 2 jenis formula iaitu:
1. Normal to Dry Skin 
2. Combination to oily skin 

Satu set penjagaan asas Time Wise 3D ni terdiri daripada :

1. Pencuci Muka 4in1

2. Krim muka (Moisturizer)
    - Krim siang
    - Krim malam

3. Krim Mata 





Perincian setiap produk 

Age Minimize 3D 4 in 1 Cleanser

  • Membersihkan pori dan menanggalkan sel kulit mati. 
  • Membuang daki kotoran dan cela yang membuatkan kulit jadi kusam.
  • Mencerahkan kulit
  • Teksturnya berbentuk krim, sedikit berbuih di permulaan cucian bagi formula normal to dry.
  • Tekstur gel yang tidak berbuih bagi formula combination to oily
  • Tidak meninggalkan rasa tegang selepas cucian.
Age Minimize 3D Day Cream Broad Spectrum SPF30 Sunscreen

  • Mencergaskan sel kulit supaya ia sentiasa nampak glowing / bersinar.
  • Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap.
  • Memberi kelembapan pada kulit selama 12 jam.
  • Buatkan make up nampak cantik dan glowing
  • Krim yang sedikit pekat, tetapi tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah.

Age Minimize 3D Night Cream 

  • Mengurangkan garis halus dan kedutan 
  • membantu keanjalan kulit dan menjadikan kulit sentiasa awet muda
  • memberikan kelembapan kepada kulit selama 12 jam.
  • mencerahkan kulit dan bantu pudarkan bintik-bintik hitam seperti parut jerawat dan jeragat.
  • krim tidak pekat, tidak jugak bergel, cepat meresap, tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah, dapat tidur dengan selesa walaupun memakai krim 

Age Minimiza Eye Cream 

  • Mengurangkan garis halus dan kedutan di sekeliling mata.
  • Mata akan nampak berseri seri dan bermaya
  • Mengurangkan masalah lingkaran gelap dan sembap bawah mata
  • Tiada lagi masalah mata kendur dan nampak tua
  • Mendapat kelulusan daripada pakar mata

Time wise 3D tahan dalam 4-5 bulan penggunaan, sangat menjimatkan perbelanjaan di samping kuliti yang tiada bandingan. Di sini saya kongsikan rangkaian produk-produk TIME WISE 3D


Softener 

Gel Mask 

Foundation

 Serum C + E yang terbaru
Serum C




CORETAN UNTUK MUHAJIRIN


Tahniah buat sahabat2 baru yang telah melafazkan syahadah. Makin bertambah sahabat dengan kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Alhamdulillah...

Pada mulanya agak risau kepada mereka yang baru di dilahirkn semula dalam agama fitrah ini.

Tetapi selepas mendengar temubual golongan ini di Ikim, rasa lega.. semoga dengan kehadiran NGO2 seperti perkim dll dapat mengasuh kelahiran fitrah ini dengan baik.

Sesungguhnya aku lemah untuk mencelah membantu mu sahabat.

Ya Allah kurniakan aku untuk mengislamkan sekurangnya seorang dari hambaMu yang masih ramai di luar .

"Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka,"
(Imam Syafi'i)

Sekian..




FAKTA TENTANG GARAM UNTUK KESIHATAN RAMBUT

Air Garam Boleh Menghalang Kelemumur dan Keguguran Rambut. Ingin Tahu Caranya?

Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut dari kelemumur dan gugur? Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala. Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wang beriban-riban untuk atasi masalah ini. nak tahu caranya? Jom kita usha tips ini :

Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. 

Kemudian, bilas rambut anda. jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Insyaallah menjadi. Senang kan? haa boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya okay !

Kenapa anda perlu cuci rambut dengan air garam?

1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilat !

3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya !

Marilah Menuju Kejayaan.

statement: melayu kalau nak berjaya kena belajar jadi kurang ajar baru tak ditindas.
sinonimnya orang melayu akan dikaitkan dengan islam. mengadaikan maruah agama demi positifnya cara berfikir tidak semestinya menghasilkan positifnya pandangan orang kepada tindakan kita, justeru, 

sebelum melakukan sesuatu perkara haruslah berfikir panjang terlebih dahulu. berfikir sebelum melakukan, jangan lakukan dahulu baru fikirkan positifnya setiap tindakan kerana tindakan yang negatif di mata manusia lain akan jadi negatif hingga ke akhirnya. 

kita membawa title melayu islam, banyak cara dan tindak tanduk baik yang islam ajarkan untuk berjaya jadi tak semestinya kita mau jadi kurang ajar seperti kaum lain untuk mencapai kejayaan... 

Hayya A'lal Falah... 

marilah menuju kejayaan.

selamat menyambut ramadhan

hanya tinggal 14 hari lagi dia akan datang. sudah kah kita bersiap untuk menemuinya... mood nak rasai kedatangan ramadhan. buka youtube search lagu-lagu ramadhan. pejamkan mata wallahhi ia makin dekat...

kita tahu, dunia ini sesuatu yang melalaikan, dan beruntunglah manusia yang mampu memandang dunia pada posisi kedua iaitu dunia sebagai tempat fokus beribadah menuju tempat yang kekal abadi. salam nisfu sya'ban.

Untuk Tuan Guru Nik Aziz

ALHAMDULILLAH.
Beberapa hari yang lalu, ada sahabat yang berkongsi mengenai kata-kata Tok Guru dalam meeting yang kami jalankan. Kata beliau, TGNA kata, kita Islam, kita buat cara Islam.
Kalau contoh meeting kita bertembung dekat dengan waktu solat, apa kata kita ambil wudhu' solat berjemaah dulu ramai-ramai baru start meeting ? Barulah syura kita dalam meeting tersebut diberkati. Walaupun berkat itu benda yang kita tidak nampak, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengerahkan tenaga kita mengikut syariat.
Dan terkadang, kalau kita selalu rasa sempit, dan tak cukup waktu, dalam kesibukan yang tak terhingga, sehingga seringkali ia menjadi alasan untuk kita jauh dari Allah, ketahuilah mungkin saat itu masa kita sehari-hari ini tidak diberkati. Solat kita, ibadah kita, ALQuran kita dan sebagainya.
Kerana sesungguhnya pemilik masa itu adalah Allah. Dan segala-gala hal yang berlaku di atas dunia ini adalah izin Allah. Mintalah dengan dia, Sang Pemilik dan Maha Berkuasa.
ومكروا ومكرالله .والله خير المكرين.
AlFatihah.
Yasiin.
Untuk TGNA

Featured Post

Marilah Menuju Kejayaan.

statement: melayu kalau nak berjaya kena belajar jadi kurang ajar baru tak ditindas. sinonimnya orang melayu akan dikaitkan dengan islam....