CORETAN UNTUK MUHAJIRIN


Tahniah buat sahabat2 baru yang telah melafazkan syahadah. Makin bertambah sahabat dengan kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Alhamdulillah...

Pada mulanya agak risau kepada mereka yang baru di dilahirkn semula dalam agama fitrah ini.

Tetapi selepas mendengar temubual golongan ini di Ikim, rasa lega.. semoga dengan kehadiran NGO2 seperti perkim dll dapat mengasuh kelahiran fitrah ini dengan baik.

Sesungguhnya aku lemah untuk mencelah membantu mu sahabat.

Ya Allah kurniakan aku untuk mengislamkan sekurangnya seorang dari hambaMu yang masih ramai di luar .

"Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka,"
(Imam Syafi'i)

Sekian..




FAKTA TENTANG GARAM UNTUK KESIHATAN RAMBUT

Air Garam Boleh Menghalang Kelemumur dan Keguguran Rambut. Ingin Tahu Caranya?

Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut dari kelemumur dan gugur? Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala. Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wang beriban-riban untuk atasi masalah ini. nak tahu caranya? Jom kita usha tips ini :

Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. 

Kemudian, bilas rambut anda. jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Insyaallah menjadi. Senang kan? haa boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya okay !

Kenapa anda perlu cuci rambut dengan air garam?

1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

2) Rambut kelihatan lebih segar
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilat !

3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya !

Marilah Menuju Kejayaan.

statement: melayu kalau nak berjaya kena belajar jadi kurang ajar baru tak ditindas.
sinonimnya orang melayu akan dikaitkan dengan islam. mengadaikan maruah agama demi positifnya cara berfikir tidak semestinya menghasilkan positifnya pandangan orang kepada tindakan kita, justeru, 

sebelum melakukan sesuatu perkara haruslah berfikir panjang terlebih dahulu. berfikir sebelum melakukan, jangan lakukan dahulu baru fikirkan positifnya setiap tindakan kerana tindakan yang negatif di mata manusia lain akan jadi negatif hingga ke akhirnya. 

kita membawa title melayu islam, banyak cara dan tindak tanduk baik yang islam ajarkan untuk berjaya jadi tak semestinya kita mau jadi kurang ajar seperti kaum lain untuk mencapai kejayaan... 

Hayya A'lal Falah... 

marilah menuju kejayaan.

selamat menyambut ramadhan

hanya tinggal 14 hari lagi dia akan datang. sudah kah kita bersiap untuk menemuinya... mood nak rasai kedatangan ramadhan. buka youtube search lagu-lagu ramadhan. pejamkan mata wallahhi ia makin dekat...

kita tahu, dunia ini sesuatu yang melalaikan, dan beruntunglah manusia yang mampu memandang dunia pada posisi kedua iaitu dunia sebagai tempat fokus beribadah menuju tempat yang kekal abadi. salam nisfu sya'ban.

Untuk Tuan Guru Nik Aziz

ALHAMDULILLAH.
Beberapa hari yang lalu, ada sahabat yang berkongsi mengenai kata-kata Tok Guru dalam meeting yang kami jalankan. Kata beliau, TGNA kata, kita Islam, kita buat cara Islam.
Kalau contoh meeting kita bertembung dekat dengan waktu solat, apa kata kita ambil wudhu' solat berjemaah dulu ramai-ramai baru start meeting ? Barulah syura kita dalam meeting tersebut diberkati. Walaupun berkat itu benda yang kita tidak nampak, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengerahkan tenaga kita mengikut syariat.
Dan terkadang, kalau kita selalu rasa sempit, dan tak cukup waktu, dalam kesibukan yang tak terhingga, sehingga seringkali ia menjadi alasan untuk kita jauh dari Allah, ketahuilah mungkin saat itu masa kita sehari-hari ini tidak diberkati. Solat kita, ibadah kita, ALQuran kita dan sebagainya.
Kerana sesungguhnya pemilik masa itu adalah Allah. Dan segala-gala hal yang berlaku di atas dunia ini adalah izin Allah. Mintalah dengan dia, Sang Pemilik dan Maha Berkuasa.
ومكروا ومكرالله .والله خير المكرين.
AlFatihah.
Yasiin.
Untuk TGNA

Featured Post

Marilah Menuju Kejayaan.

statement: melayu kalau nak berjaya kena belajar jadi kurang ajar baru tak ditindas. sinonimnya orang melayu akan dikaitkan dengan islam....